Loading

Mengenai Kami

Catzmedia adalah sebuah studio pembangunan perisian, khusus dalam pembangunan laman web dan sistem. Kami bersemangat dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam membantu memastikan pelanggan-pelanggan kami sentiasa menerima teknologi yang terbaik dan terkini untuk melalui pelbagai cabaran and halangan dalam usaha merevolusikan industri IT dan membentuk perubahan sosial yang positif.

Ditubuhkan pada 2002, menyediakan servis pembangunan web berpandukan ‘value proposition’ kami iaitu menyediakan solusi dengan cepat, berpatutan dan efektif dengan menggunakan ‘Usability & Rationale Methodology’. Pada tahun 2014, kami telah mengembangkan servis kami merangkumi Aplikasi Mudah Alih dan ‘Big Data Solutions’.

Misi kami adalah untuk meningkatkan hidup dan perniagaan anda.

Semenjak ditubuhkan, Catzmedia telah dianugerahkan beberapa anugerah termasuk World Wide Web Golden Award 3 kali berturut – turut pada tahun 2002, 2003, dan 2004, dan Best Outsourced Services untuk negeri Sarawak pada tahun 2004. Pada tahun 2008, laman web kami Kapit Tourism telah memenangi Sarawak Hornbill Appreciation Awards 2008 diatas sumbangan yang baik kepada Industri Pelancongan dalam kategori Laman Web.

Baru-baru ini, portal Kementerian Sains Teknologi & Innovasi (MOSTI) telah mendapat penarafan 5 bintang daripada Penilaian Laman Sesawang dan Portal Kerajaan Malaysia (MGPWA) 2014.

Apa kata mereka?

Pengalaman Catz yang luas dalam pembangunan laman web menjadikannya sebagai aset kepada mana - mana organisasi yg berhasrat untuk membina laman web korporat yang bukan sahaja menarik tetapi mampu berfungsi dengan baik.

Kamarul Aznam Kamaruzaman

Editorial Director at H MEDIA

Catz tahu apa yang perlu dilakukan untuk memenuhi kehendak projek seperti yang diharapkan. Mary seorang yg peramah dan senang untuk berurusan dengannya.

Nor Juliana Ali

HR Analytics Executive at Sime Darby Holdings

Hasil jualan meningkat kepada 1000% tetapi untuk mengekalkan jumlah pengeluaran, kami memerlukan lebih peralatan mesin dan kakitangan

Hamid

HMDS Lover Sdn Bhd

Servis konsultansi yang baik. pernah berurusan dengan Catz sebelum ini, servis konsultansi yang sangat professional yang diberikan untuk laman web dan memenuhi permintaan pelanggan. reka bentuk laman web yang digunakan mengikut 'trend' terkini.

Farhan

Project Manager

Teknik media sosial yang hebat! kini perniagaan kami lebih berdaya saing, dengan menggunakan media sosial kami mampu menarik lebih ramai guru2 untuk menggunakan produk kami

Hazian

SME

Syarikat yang sangat berdedikasi! rekabentuk laman web yang terbaik dengan orang yg sentiasa memberikan yang terbaik!

Alfian

UPM Lecturer

Kami sangat kagum dengan servis dan keupayaan Catzmedia dalam membina laman web MOSTI sekaligus menerima penarafan 5 bintang daripada MGPWA, kami telah mengesyorkan mereka kepada beberapa agensi agensi kami

Firdaus Zahrin

Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI)

Khidmat pelanggan yang terbaik, Catzmedia sentiasa bersedia untuk membantu membincangkan butiran-butiran penting dan menyediakan pilihan pilihan tambahan untuk memastikan produk yang terhasil adalah memenuhi kehendak pelanggan - hanya yang terbaik untuk anda Catzmedia!

Firdaus

Happychef app

Team Kami Yang Sungguh Awesome

null

Mary

Co-Founder / Creative Technologist
null

Jim

Co-Founder / Business Engineer
null

E.T

CFO / HR Director
null

Luna

Chief Happiness Officer
null

Mel

Web Master